fbpx

Ekin Tak Pernah Cek Telefon Mawi Sejak Kahwin

Penyanyi Mawi berkata dia meletakkan kejujuran sebagai kunci kebahgiaan  sepanjang 16 tahun hidup bersama dengan isterinya, Ekin Rahmat.

Memetik BH Online, Mawi meluahkan rasa syukur Allah memberikan kasih sayang antara dia dan isteri dan apa yang paling penting adalah kejujuran dalam rumah tangga.

BACA: Mawi Minta Maaf Dengan Isteri Setiap Malam Walau Tak Buat Salah

“Alhamdulillah, Allah beri kasih sayang yang kuat untuk kami. Saya bersyukur usia perkahwinan kami sudah mencecah 16 tahun.

“Sejujurnya, tiada apa-apa rahsia. Tetapi bagi saya, apa yang penting dalam sesebuah rumah tangga itu adalah kejujuran. Insya-Allah, jika pegang padanya, rumah tangga selamat,” katanya.

Sementara itu, Ekin berkata dia tidak suka mengongkong mahupun memerika telefon suami kerana dia percaya jika pasangan tidak jujur, Tuhan akan memberikan petunjuk.

“Saya percaya kalau berlaku ketidakjujuran, lambat laun Tuhan beri petunjuk. Kami tidak ada rutin periksa telefon bimbit masing-masing. Kami saling percaya. Saya tidak suka kongkong suami atau bertanya dia hendak ke mana setiap kali bergerak,” katanya.

Dalam pada itu, Ekin turut mendedahkan Mawi tidak memandu dan tiada lesen. Katanya lagi, bpa saudaranya merupakan pengurus kepada Mawi.

“Mawi tidak memandu dan tiada lesen memandu. Jadi, ke mana-mana sahaja suami pergi, dia ditemani bapa saudara saya.

“Saya juga tidak pandai cemburu atau marah kalau suami hendak berduet atau bekerjasama dengan artis wanita. Saya tahu dia buat semua itu kerana kerja,” katanya.

SUMBER: BH Online