fbpx

Eina Azman Sedih Lihat Pelarian Syria Di Paris

Siapa tidak sedih melihat kanak-kanak kecil sejuk dan kelaparan lebih-lebih lagi saudara sesama Islam dari Syria. Begitulah luahan Eina Azman yang sempat membantu mengedarkan makanan kepada gelandangan di Perancis ketika bercuti bersama keluarga baru-baru ini.

BACA: Eina Azman Teruja Sambut Raya Bersama Anak Kembar

“Alhamdulillah, saya seronok apabila dapat meluangkan masa berdua dengan suami. Tetapi dalam kegembiraan, kami juga rasa agak sedih melihat anak-anak kecil tidur di tepi jalan menahan lapar bersama keluarga mereka. Kebanyakannya pula dari Syria”

“Mereka tidak meminta duit pun daripada saya, tetapi hanya makanan. Saya memuat naik video (di Instagram) berhubung perkara itu kerana sangat tersentuh hati, dan teringat pada anak-anak”

“Bayangkan kalau kita berada di tempat mereka. Bayangkan kalau nak-anak kita yang tidur di kaki lima dalam keadaan sejuk. Kalau tidak mampu menolong dari segi kewangan, kita tolong mereka mengikut kemampuan masing-masing. Janji ikhlas,” katanya kepada Berita Harian Online.

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Eina dan suaminya telah membeli kira-kira 50 bungkus makanan daripada sebuah restoran dan mengagihkannya kepada gelandangan di kawasan itu. Malah ini bukanlah kali pertama pasangan ini berbuat demikian ketika bercuti.

Sebelum ini Eina Azman juga pernah mengagihkan makanan kepada gelandangan hasil masakannya sendiri. Beliau sengaja memasak dalam kuantiti yang banyak dan seterusnya diagihkan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Semoga Eina dan keluarga dimurahkan rezeki. (rtky/w)