Pelakon Eina Azman memberitahu pada tahun ini dia begitu teruja untuk menyambut Aidilfitri kerana perayaan itu akan turut disambut bersama-sama dengan suami tercinta serta anak kembar mereka bersama.
BACA: Kehadiran Anak Ubah Hidup Eina Azman
“Kalau saya raya biasa sahaja cuma tahun ini keterujaannya berbeza kerana raya tahun ini sudah ada baby. Tahun ini saya kena sediakan baju untuk baby lima pasang dan sedondon,” katanya yang ditemani suaminya di Majlis Melodi Raya 2016.
Eina turut memberitahu bahawa dia begitu seronok sekali setelah bergelar seorang ibu walaupun kadang-kalanya dia penat melayan kerenah kedua-dua bayi kembarnya itu.
“Seronok tak terkata, sampaikan bila nak keluar tak sampai hati nak tinggalkan baby lama-lama. Alhamdulillah juga saya ada pembantu yang menolong saya menjaga mereka. Kalau saya seorang memang saya tak mampu,” katanya kepada Rotikaya.
Sementara itu, Eina turut memberitahu akan berlakon semula pada penghujung tahun ini setelah beberapa bulan ini. Semoga Aidilfitri kali ini akan lebih meriah dengan kelahiran cahaya mata tercinta buat pasangan ini. (rtky/h)