fbpx

Eina Azman Makan Nasi Dua Kali Sebulan Mahu Pinggang Kekal Ramping

Baru-baru ini pelakon tinggi lampai, Datin Eina Azman berkongsikan tips untuk kekal ramping dan mengekalkan berat badan kepada peminat di media sosial.

Menurut Eina, dia hanya makan nasi dua kali dalam tempoh sebulan untuk mengekalkan berat badan dan saiz pinggang yang diidamkan

BACA: Eina Azman Dipuji Masuk Kampung Bantu Orang Susah

Perkara itu didedahkan oleh Eina menerusi Insta Story ketika menjawab persoalan peminat. Eina berkata, setiap kali makan nasi pasti berat badannya akan naik.

“Saya jaga makan sebab saya nak makan lebih banyak. Saya suka sangat makan nasi tapi nasi tak suka saya. Setiap kali makan nasi je badan akan terus naik berkilo-kilo.

“Jadi sekarang ni saya cuma makan nasi dalam sebulan dua kali sebab jaga berat dan pinggang idaman saya,” katanya.

Dalam pada itu, Eina turut berkongsikan dia memilih untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai pengganti nati jika lapar.

Eina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 31 Ogos 2014. Pasangan ini dikurniakan sepasang kembar Karl Kareef dan Arianna Aubrey kini berusia lima tahun.