fbpx

Eina Azman Hadiahkan Pembantu Rumah Gelang Emas Sempena Hari Jadi

Sempena ulang tahun kelahiran pembantu rumahnya, pelakon Datin Paduka Eina Azman menghadiahkan gelang emas sebagai tanda menghargai jasanya.

Menerusi satu perkongsian, Eina turut mengucapkan terima kasih buat pembantu rumahnya bernama Bikna itu yang banyak membantu meringankan kerja-kerjanya.

BACA: Makan Gerai Tepi Jalan, Eina Azman Dipuji Humble

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

“Terima kasih sebab banyak membantu meringankan segala kerja-kerja saya di rumah. Saya hargai sangat. Insyallah lepas Bik Mega balik Acheh Bikna akan naik pangkat jadi Chief pula,” tulisnya.

Dalam pada itu, Eina berharap pembantu rumahnya itu juga gembira dapat menonton filem KKN Desa Penari sempena hari jadinya itu.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji layanan baik Eina terhadap pemantu rumahnya.

Malah, ada yang berseloroh mahu bekerja dengan pelakon berkenaan apabila melihat Eina sentiasa melayan baik pembantu rumahnya.