fbpx

Eina Azman Bawa Satu Keluarga, Pembantu Rumah Tunai Umrah

Bahagia melayari kehidupan perkahwinan bersama suami Datuk Paduka Kaiser Gurmeet, selepas bergelar isteri, Datin Paduka Eina Azman dilihat kurang muncul di kaca televisyen. Bagaimanapun, Eina sering memuat naik video masakan di Instagram sebagai pengubat rindu peminatnya.

Sebentar tadi, Eina memuat naik posting di Instagram memberitahu beliau diberikan rezeki untuk  menunaikan ibadah Umrah. Eina memberitahu beliau sudah lama berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah dan akhirnya dijemput menjadi tetamu Allah.

BACA: Eina Azman Dakwa Uqasha Senrose Goda Suami Rabecca Nur Islam?

https://www.instagram.com/p/B5Hs-wDDQfh/?utm_source=ig_embed

Eina turut meluahkan rasa syukur akhirnya dapat membawa ibunya ke Tanah Suci. Difahamkan, Eina sudah pun berada di Tanah Suci, Mekah bersama suami, anak-anak, adik beradik dan juga pembantu rumah.

Dalam pada itu, Eina meminta orang ramai mendoakan semoga mereka sekeluarga mendapat umrah yang mabrur.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Eina yang cantik bertudung serta mendoakan agar segala urusan sepanjang berada di sana dipermudahkan.