Pengadu yang juga saksi kesembilan memberitahu mahkamah Ebit Lew pernah mengadu dia mempunyai masalah seksual keterlaluan iaitu lebih tujuh kali sehari.
Memetik Utusan Online, saksi yang dirahsiakan namanya mengatakan Ebit mengadu dia mempunyai masalah tersebut melalui panggilan telefon serta mengatakan layanan daripada isterinya tidak cukup.
BACA: Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang
“Dia memang pernah mengadu. Dia ada hubungi saya dan beritahu perihal seks. Saya bertanya kenapa keterlaluan..kenapa dia ada keinginan seks yang tinggi, adakah dia ambil pil.
“Tapi, Ebit menjawab, dia tidak mengambil pil dan mengaku memang kuat dan perlukan seks lebih tujuh kali sehari. Tapi Ebit memberitahu isterinya tidak mampu,” katanya.
Dalam keterangannya, saksimenolak andaian peguam bahawa Ebit tidak pernah mengadu masalah seksual keterlaluan tersebut sebaliknya cerita itu sekadar idea saksi untuk menjatuhkan reputasi Ebit.
“Ebit yang cakap dan saya rasa dia pernah tulis dalam bentuk teks. Malah, dia pernah beritahu yang isterinya tahu dia selalu berada dalam bilik kosong untuk beronani. Tapi, isterinya tidak tahu dia telefon orang lain,” katanya.
SUMBER: Utusan Online