Pengadu kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah Tenom bahawa dia tidak curang kepada suaminya kerana gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.
Memetik Sinar Harian, dalam sesi pemeriksaan balas oleh peguam, Datuk Ram Singh, pengadu yang merupakan saksi kesembilan bagaimanapun bersetuju soalan peguam menghantar gambar kepada individu tidak dikenali adalah suatu kesalahan kepada suaminya.
BACA: “Jangan Jadi Lemah Kalau Orang Fitnah Kita…” – Ebit Lew
“Saya beritahu suami saya bagi gambar itu, Ebit Lew terlalu meminta. Saya tidak sedar saya terikut arahan dia. Bila sedar dan marah Ebit Lew, saya bagitahu suami.
“Suami memang marah, masa itu dia tunjuk marah kepada Ebit Lew tapi tidak tahu tunjuk cara bagaimana mahu jumpa Ebit Lew. Masa itu dia betul-betul marah,” katanya.
Pengadu berkata selepas dimaklumkan kepada suami mengenai perkara itu, suaminua meminta berhenti melayan di WhatsApp
Bagaimanapun, peguam kemudian bertanya lagi bahawa pengadu sebaliknya tidak berhenti untuk terus berkomunikasi dengan Ebit Lew.
“Ya, sebab saya sekat di telefon, Ebit Lew hubungi saya di Instagram saya. Dia mesej di Instagram juga jadi saya nyahsekat dan saya marah minta jangan buat lagi.
“Mahu jadi kawan boleh, kawan yang saya ada suami dan anak tetapi dia tidak peduli semua itu dan tetap dengan teks lucah,” katanya.
Pengadu diminta menjelaskan tindakannya itu yang menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew, namun tidak berhenti berkomuikasi dengan pendakwah tersebut adakah itu menunjukkan pengadu suka kepadanya.
“Saya tidak suka dia,” katanya.
Terdahulu, Ebit Lew berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
SUMBER: Sinar Harian