Ebit Lew Syukur Menang Saman Terhadap Mondy

Ebit Lew menang saman terhadap pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo yang diarah membayar RM20,000 kepada Ebit sebagai ganti rugi kerana memfitnah pendakwah itu merogolnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ebit meluahkan rasa syukur dengan keputusan tersebut serta memuat naik writ saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

BACA: Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Dalam dokumen itu, Mondy diperintah membayar ganti rugi am sebanyak RM20,000 berserta faedah sebanyak 5 peratus setahun bermula daripada tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penyelesaian penuh kes.

Sementara itu, Ebit turut memaklumkan saman terhadap Caprice yang menyiarkan ‘podcast’  berkaitan dakwaan tersebut akan berlangsung pada Mei ini.

Sebelum ini, Mondy membuat laporan polis susulan gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah berkenaan.

Tidak hanya berdiam diri, Ebit juga membuat laporan polis susulan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan menafikan kes gangguan seksual.