Ebit Lew Sarung PPE Jumpa Bapa Terlantar Hidap Kanser Tahap Akhir
Baru sahaja pulang dari Gaza beberapa hari lalu dan masih menjalani kuarantin, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memaklumkan bapanya menghidap kanser perut tahap akhir.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ebit diberi peluang untuk berjumpa dengan bapanya walaupun sekejap dengan lengkap berpakaian PPE dan ujian Covid-19 menunjukkan negatif.
BACA: Baru Tiba Di Malaysia, Ebit Lew Sudah Mula Beri Bantuan Kepada Orang Susah
View this post on Instagram
Menurut Ebit lagi, sel kanser sudah merebak ke seluruh badan serta memohon agar orang ramai mendoakan buat bapanya.
Dalam pada itu, Ebit turut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bapanya yang sedang sakit kerana perlu menjalani kuarantin serta berterima kasih kepada adik-beradiknya yang lain.
Ebit berkata sebelum ini bapanya sempat memberikan pesanan kepada ketika masih sedar supaya meneruskan kerja dengan melakukan misi bantuan kemanusiaan.
Lebih sebak, Ebit turut berdoa jika ada sedikit pahala di atas kebaikan dilakukannya hadiahkanlah kepada bapanya agar dikurangkan kesakitan.
“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.
“Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah,” tulisnya.
Ala sedihnya. Ya Allah. Ringankanlah penderitaan ibu bapa kami sekiranya ada.
paling sedih ada ustaz (x igt) bercerita yg dia gagal mendakwah kan ibu bapanya utk menerima islam
aku rasa, itu kekecewaan yg paling sedih utk dipikul oleh seorg anak
Semalam ada seorang perempuan yg dah lebih 40han umur dia, katanya dia tu kehabisan beras, aku nampak dia nak ambik beras di Foodbank Liew mart, di Palm Spring, Kota Damansara., tapi berkunci.
Aku tolong tanya staff, staffkata tak tau kunci siapa yg simpan.
Aku terus belikan beras dan lain lain barang yg perempuan tu perlukan.
Bukan aku nak menunjuk, tapi kenapa Foodbank dikunci? Kalau takut orang curi, kunci tu letaklah di kaunter pembayaran.
Mohon maaf kalau terkasar bahasa.
Kat tempat aku x berkunci pun food bank. Nak letak beras pun boleh. Nak amik pun boleh.