fbpx

Menerusi sesi live sebentar tadi, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew turut meminta Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk rakyat Palestin.

Ebit bertanya mengenai perkara tersebut selepas beliau didakwa menggunakan duit sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi kemanusiaan di Gaza.

BACA: “Tak Pernah Buka Satu Tabung Pun Pergi Gaza, Saya Guna Duit Sendiri”

Kata Ebit lagi, beliau dan pasukannya ke sana menggunakan duit sendiri dan tiada satu tabung Gaza dibuka untuk misi kemanusiaannya itu.

“Ramai maki saya, mereka ingat saya bawa duit Malaysia ke sana. Saya tak bawa duit sesiapa tak pernah buka tabung Gaza.

“Yang kumpul duit Gaza ni orang lain. Yang kumpul duit ini adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dimana kali ini diketuai oleh Nadir.

“Ada dalam Live, dia baritahu dapat RM20 juta. RM20 juta tu setahun, tahun depan RM20 juta lagi dan seterusnya. Banyak NGO kat sana yang baik dan ikhlas, tapi saya tujukan soalan pada Nadir. Ada bukti, resit begitu begini?,” soalnya.