fbpx

“Ebit Lew Kerap Hubungi, Hantar Gambar, Tunjuk Kemaluan” – Pengadu

Seorang pengadu kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah Tenom, pendakwah terkenal itu sering menghubunginya melalui panggilan telefon dan video WhatsApp.

Memetik Sinar Harian, pengadu wanita yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan itu turut memberitahu pendakwah tersebut turut menghantar gambar serta menunjukkan kemaluan.

BACA: “Saya Tertekan & Sukar Tidur Lihat Gambar Kemaluan Lelaki” – Firdaus Wong

Dalam keterangan menerusi pemeriksaan utama dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, pengadu mengakui ada berhubung dengan pendakwah itu di Instagram.

Menurut pengadu lagi, pendakwah itu ada meminta nombor telefonnya dan dia memberikan tanpa ragu kerana tidak memikirkan perkara yang tidak baik.

“Seingat saya pada 4 Mac 2021, saya ada hubungi Ebit Lew di IG beliau, kemudian dia membalas mesej saya dan meminta nombor telefon.

“Tanpa rasa ragu, saya memberikan nombor telefon saya kemudian dia terus WhatsApp. Dia bertanyakan tentang apa masalah saya dengan suami. Ebit Lew membuat panggilan dan masa itu saya sambut panggilan beliau kerana bagi saya, tidak fikir perkara yang bukan-bukan,” katanya.

Bagaimanapun, pengadu memaklumkan pada jam 4.30 petang 14 Mac 2021, pendakwah itu buat pertama kali menghantar gambar kemaluan.

Pengadu turut bertanya kenapa pendakwah tersebut melakukan perkara sedemikian, pendakwah itu cuba mempengaruhinya untuk memberikan gambar kepadanya.

“Masa itu dia beritahu isteri tidak dapat melayan kehendak dia, kehendak seks dia yang terlalu tinggi. Saya cuba menasihati tetapi beliau tidak mengendahkan malah terus WhatsApp dan cuba mempengaruhi saya untuk memberikan gambar kepadanya,” katanya.