fbpx

Ebit Lew, Isteri Dipanggil Ke Bukit Aman

Hari ini pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan isteri dipanggil semula oleh polis untuk dirakam keterangan berhubung kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, percakapan mereka direkod di Bukit Aman, semalam bagi membantu siasatan.

BACA: Netizen Tunjuk Bukti Dakwa Video Lucah Kononnya Ebit Lew Adalah Deepfake?

Dalam pada itu Abd Jalil turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan bahan di platform media sosial

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan spekulasi serta provokasi hingga menjejaskan siasatan polis,” katanya.

Terdahulu, pada 20 Ogos lalu siasatan ke atas Ebit Lew dilakukan berikutan aduan diterima daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.