fbpx

Ebit Lew Didakwa Hantar Gambar, Perkataan Lucah Di WhatsApp

Umum mengetahui, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew hari ini dihadapkan ke mahkamah di Tenom dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Memetik Utusan Online, 11 pertuduhan dibuat terhadap pendakwah itu iaitu membabitkan penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsaApp.

BACA: Ebit Lew Didakwa, Berdepan 11 Pertuduhan Termasuk Gangguan Seksual

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata kesemua pertuduhan itu adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di Tenom, Sabah antara bulan Mac sehingga Jun tahun lalu terhadap seorang wanita.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Ebit mengaku tidak bersalah terhadap kesemua 11 pertuduhan berkaitan kes gangguan seksual itu.

Julai tahun lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal berusia 37 tahun dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.