fbpx

Ebit Lew Didakwa, Berdepan 11 Pertuduhan Termasuk Gangguan Seksual

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew hari ini dihadapkan ke mahkamah di Tenom dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Memetik laporan Harian Metro, pendakwah berusia 37 tahun itu tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

BACA: Kertas Siasatan Kes Gangguan Seksual Ebit Lew Sudah Lengkap

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.

Terdahulu, siasatan terhadap pendakwah itu dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Malah, Ebit Lew telah pun dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkannya pada 19 Ogos lalu.