fbpx

“Ebit Lew Ajak Tukar Pasangan” – Saksi

Pengadu yang juga saksi kesembilan memberitahu mahkamah pendakwah terkenal, Ebit Lew mengajaknya bertukar pasangan untuk melakukan hubungan intim.

Memetik Kosmo, saksi kesembilan itu memberitahu mahkamah ketika menjelaskan tentang tangkap layar teks WhatsApp yang diterimanya,  Ebit mengajaknya bertukar pasangan.

BACA: “Ebit Lew Kerap Hubungi, Hantar Gambar, Tunjuk Kemaluan” – Pengadu

Ebit mencadangkan perkara itu agar dia boleh melakukan hubungan intim dengan pengadu sementara suami pengadu pula melakukan hubungan intim dengan isteri beliau.

Pengadu turut memberitahu mahkamah Ebit turut mengeluarkan kata-kata lucah dengan menyatakan hendak peluk, cium manja-manja dan melakukan perkara tidak senonoh kepadanya.

Kemudian pengadu membalas mesej dengan menyatakan Ebit mempunyai isteri jadi kenapa perlu buat lagi kepadanya.

Kata pengadu lagi, dia turut merasa malu apabila membaca ayat tidak senonoh yang diterima daripada Ebit yang agak memalukan dan dia turut menghantar teks WhatsApp menasihati pendakwah itu agar melakukan taubat nasuha.

“Aib ini saya seorang sahaja yang simpan, macam awak cakap, kita manusia biasa. Lagipun saya isteri orang. Tak apalah ini ujian hidup saya, ada suami macam ini, saya sabar sahaja demi anak,” katanya.

Terdahulu, Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual dengan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui WhatsApp.