Ada khabar angin kembali bertebaran mengatakan pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar telah sah bercerai sekitar jam 3.00 petang pada 25 Februari 2014 bersamaan hari semalam.

Namun menurut sumber kami yang memeriksa di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, tiada rekod tuntutan penceraian melibatkan Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar dan suami, Mohd Hafizi Mohd Hafiz.

BACA: Dynas Mokhtar Nafi Rumahtangga Goyah, Khabar Angin Mengarut

Dalam masa yang sama, Dynas Mokhtar sehingga saat ini gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataan tentang gosip yang menjadi bualan para peminat dan media ini.

Dynas Mokhtar & Mohd Hafizi berkahwin pada Mac 2008 yang lalu dan dikurniakan dua orang cahayamata sepanjang usia perkahwinan. (rtky/m)