Dynas Mokhtar Nafi Bercerai
Sebenarnya, di kalangan peminat dan pihak media sendiri masih tertanya tanya akan khabar angin yang kedengaran sejak dua bulan yang lalu ini. Adakah benar rumahtangga Dynas Mokhtar kini dilanda masalah?
Menjawab soalan daripada wartawan portal GUA, Dynas Mokhtar yang ditemui baru baru ini menafikan cakap cakap yang kononnya beliau sudah bercerai dengan suaminya, Hafizy Hafiz pada 25 Februari yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
GUA turut melaporkan yang Dynas Mokhtar bagaimanapun dilihat cuba mengelak apabila diajukan mengenai perkara tersebut.
“Ini semua hanya gosip. Perkara tersebut tidak benar sama sekali. Saya rasa lebih baik jika kita bercakap mengenai isu ini pada waktu lain kerana anak-anak saya ada di sini, jadi tidaklah sesuai rasanya,” ujar Dynas Mokhtar.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Dynas Mokhtar berkata yang hubungan beliau dan suaminya kini baik sahaja & tidak ada sebarang masalah seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Saya enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana hal ini melibatkan seluruh keluarga besar kami. Bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan di sini ialah hubungan saya & dia masih lagi dalam keadaan baik. Kami juga masih lagi berhubung antara satu sama lain,” ujarnya.
Masih lagi berhubung antara satu sama lain? Apa yang cuba disampaikan Dynas Mokhtar sini — adakah pasangan ini sudah tinggal berasingan? Hmm. (rtky/m)
sorry to say. bukan nak mendoakan. tapi kebayakkan apa yg wartawan cakap tu sometimes betul. but not 100% is true.
ps/: sy doakan moga dynas and suami bhagia hingga ke anak cucu :)
Stuju dgn dania…tiada angi xkn pokok bgoyangggg….pai biler nk simpan….
” Bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan di sini ialah hubungan saya & dia masih lagi dalam keadaan baik. Kami juga masih lagi berhubung antara satu sama lain,”
jawapan yg tak berapa nak meyakinkan & membuat org tertanya2… berterus terang jer lah dynas oii, tak perlu nak cover sgt, lama2 nanti org akan tau jugak..
OIII KORONG NI SEBOK JE HAL RUMAH TAGGA ORG KENAPA??????
ko tu BANGANG!!.. KALAU TAKNAK MENYIBUK.. TAKYAH LAH NAK MENYIBOKK KOMEN KAT SNI WEH.. HAHAHAH!!!!!