Dulu Sentap Suami Jarang Ucap I Love You, Mia Ahmad Kini Lebih Matang
Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Mia Ahmad mengakui dirinya kini semakin matang dalam perkahwinan.
Menurut Mia sebelum ini dia sering terasa hati apabila suaminya, Ahmad Izham Tarmizi jarang mengucapkan kata cinta kepadanya.
BACA: Anak Lambat Bercakap Sebab Gajet, Mia Ahmad Akui Salah Sendiri
Namun, Mia sedar cinta dan sayang itu bukanlah daripada perkataan semata-mata namun harus disertakan dengan perbuatan. Ujarnya lagi, apabila dia memahami bahasa kasih sayang dari suami, rumah tangga akan menjadi lebih indah.
Dalam pada itu, Mia berkata isteri seharusnya banyak berdoa kerana Allah yang memegang hati seseorang serta meminta agar dijauhkan dari perasaan sedih dan susah hati.
Mia dan suaminya yang merupakan penjaga gol JDT telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Sayf Issa, 3, dan Iris kini berusia setahun.
- SUMBER
- BeautifulNara
Pale buto ar korang dua ekor sorok sikit kebodohan ye kalau lawa takpe ni geli Aku je
Laki aku da brapa tahun tk ckp I love u..tp laki aku rajin tlg sidai Kain..mop lantai rumah…rajin tlg jg anak kalau aku sakit..I love u ni kl awal kawen bleh la.kl da lama..tkdak maknanya dah kahkah
Sendu..kat mana bintang popular nyo?