“Dulu Saya Memang Jahil, Sekarang Pun Masih Jahil Lagi”

Bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menasihat netizen agar berhenti bertelagah ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Menurut Ira lagi, meskipun pelbagai komen-komen negatif dilemparkan dia tidak terganggu, sebaliknya terhibur serta meminta netizen tidak bertelagah.

BACA: “Apa Yang Berlaku Banyak Sangat Pengajaran” – Ira Kazar Banyak Muhasabah Diri

“Janganlah gaduh. Kenapa suka sangat bergaduh ni. Ramai lah yang tahu saya dulu macam mana. Tak perlu nak beritahu mereka (pengikut) sebab dulu saya memang jahil.

“Sekarang pun masih jahil lagi. Sudahlah tu (bergaduh) kerana anda mengganggu ketenteraman orang lain, bukan saya,” katanya.

Difahamkan, ketika sesi siaran langsung itu ada netizen yang masih mengatikan isu rumah tangganya dengan Syamsul sebelum ini.

Sementara itu, Ira berkata dia tidak mengambil hati dan tidak rasa terganggu jika ada netizen yang masih menyebut mengenai masa lalunya.

“Saya tak rasa terganggu pun, jangan risau. Saya begitu terhibur, sebab anda masih ambil tahu fasal saya sedangkan saya tak kisah mengenai hal lalu,” katanya.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Namun pada 5 September tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira.

SUMBER: Harian Metro

×