Dulu Rumah Buruk, Wak Doyok Hadiahkan Ibu Banglo
Baru-baru ini, personaliti fesyen, Wak Doyok ada memuat naik video di Instagram menunjukkan proses pembinaan rumah ibunya yang dulu hanya rumah kayu buruk, kini bertukar menjadi rumah banglo.
Menerusi video tersebut, turut disertakan kepsyen dimana Wak Doyok meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk menghadiahkan sebuah rumah buat ibunya yang kini berusia 76 tahun sudah pun tercapai.
Wak juga mengakui kehidupannya dahulu sangat susah dengan keadaan rumahnya yang retak seribu serta dihuni dengan anai-anai. Katanya lagi, banyak keperitan yang dilalui olehnya untuk berada di tahap sekarang.
Wak Doyok memberitahu video tersebut bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya hanya mahu berkongsikan kesusahan yang pernah dialami olehnya sebelum ini serta kegigihannya untuk mengubah nasib keluarga.
Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa kagum dengan usaha Wak Doyok yang mahu membahagiakan keluarganya lebih dari segalanya. Ada juga netizen menjadikan Wak sebagai inspirasi untuk berjaya supaya dapat menabur bakti kepada ibu bapa.
Alhamdulillah..semoga menjadi sumber ilham bgi org diluar sana..dan semoga hidup anda dirahmati Allah swt…aamiinn
wd ni spm bm pas ke
asal kecik sgt kaki wak doyok.cam ranting.kurus betul
satu amal bakti yg dikagumi dan boleh di contohi oleh anak muda kita. Tahniah moga terus capai seribu kejayaan dan berbakti ke jalan allah swt.
Ni contoh yg bagus!!!Kita kena hargai n syangi ibu bapa kita yg paling utama sebelum benda lain.Respect wak
itu lah impian saya utk mak dgn bpk. tp belum ada rezeki lagi.
Impian semua orang ni. Rezeki blm sampai lagi agaknya