fbpx

“Dulu Mulut Sendiri Cakap Aku Takkan Kahwin Dengan Artis”

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelima, menerusi perkongsian di Instagram Isteri kepada penyanyi Nubhan Ahmad iaitu Dr. Afifah mengimbau kenangan sewaktu di awal perkahwinannya bersama suaminya itu.

Afifah berkata dia mengakui fasa tahun pertama dalam perkahwinannya merupakan tempoh yang cukup mencabar memandangkan masing-masing baru cuba menyesuaikan diri untuk hidup bersama sebagai suami isteri.

BACA:  Netizen Belum Maafkan Nubhan Tunjal Kepala Isteri

https://www.instagram.com/p/CERkcE4pXh_/?utm_source=ig_embed

“Tahun pertama berkahwin masing-masing baru nak kena antara satu sama lain. Masing-masing ada cara hidup berbeza. Tahun pertama sangat mencabar bila dikenang balik, kelakar pun ada. Saya pernah hidang periuk depan muka Nubhan masa pertama kali masakkan untuk suami.

“Hot (panas hati) betul Nubhan malam tu sampai merajuk. Haha. Rupanya, dia nak kita hidang macam isteri mithali. Out (gagal) betul hari pertama nak tunjuk bakat memasak,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Afifah berkata dia sebenarnya tidak pernah terdetik untuk berkahwin dengan selebriti, malah ibu bapanya membantah perhubungan mereka namun jodoh mereka kuat.

“Jodoh pertemuan tu di tangan tuhan. Walaupun ibu bapa saya bantah sekeras-kerasnya, tapi jodoh akhirnya dua orang anak dah sekarang,

“Bukan nak menunjuk tapi dulu masa dekat bumi Mesir, mulut sendiri cakap ‘aku takkan kahwin dengan artis kot’. Nak cari doktor akhirnya ketulahan,” katanya.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.