fbpx

Dulu Macam Kertas Pasir, Tips Kulit Licin Ramona Zamzam

Mesti rasa stres kalau muka tak licin dan dipenuhi jerawat. Rasa nak kikis je kulit wajah. Kalau ikutkan masalah jerawat tu perkara biasa. Kalau setakat tumbuh dua tiga biji tu tak jadi masalah lagi.

Macam-mana kalau ada yang hadapi masalah jerawat penuh satu muka. Bila hilang jerawat, ada pula kesan dan bekas jerawat yang memburukkan kulit wajah.

Siapa yang mengikuti perkembangan Ramona Zamzam, pasti anda tahu bekas finalis Dewi Remaja ini dulu pernah menghadapi masalah kulit yang agak teruk sampai ambil masa 2-3 tahun untuk pulih.

Jika anda menghadapi masalah seperti Romano ZamZam, ini antara tips yang dikongsikan olehnya untuk miliki kulit wajah licin dan bersih.

1. Cuci muka bersih-bersih

Tolonglah cuci muka bersih-bersih. Siapa yang suka pakai mekap, toloooooooong laaaa cuci muka ikut langkah yang Ramona tunjuk ni. Mencuci saja tidak cukup. Tapi cuci sebersih-bersihnya. Ingatkan habis shooting balik rumah mandi cuci muka pakai facial wash saja dah cukup, Maka bermulalah kejadian masalah kulit yang amat teruk!

2. Katakan TIDAK pada mekap!

Memang susah lebih-lebih lagi sekarang ni dah jadi trend, semua orang pandai mekap. Tapi ini punca utama masalah kulit Romana dulu, semuanya sebab mekap berlebihan.

Bila hari yang tak ada shoot, Ramona duduk diam2 kat rumah, sebab kulit muka tak terdedah pada pencemaran diluar sana. Penting sangat-sangat untuk kulit muka kita tak ada apa-apa sebab liang roma yang ada tu pun nak bernafas jugaaaak.

3. Minum air banyak-banyak

Water tauuuuu. Bukan milo ais ke, teh o ais ke, horlick panas ke, orange juice ke, bukan eh. Tapi AIR PUTIH.

Percayalah, cuba minum air banyak-banyak untuk 1-2 hari, korang akan nampak perbezaan pada kulit. Sebab itu yang Ramona lalui sendiri. Mula-mula memang susah. Tapi cuba sikit-sikit. Mula-mula minum 1.5 liter, lepas tu cuba 2 liter pulak.

4. Jangan skip basic skincare

Ini yang paling penting. Berdasarkan pengalaman Ramona, punca utama masalah kulit dulu sebab Ramona tak sapu apa-apa dekat muka SEBELUM PAKAI MEKAP.

TOLONGLAH apply your basic skincare. Boleh rujuk dekat post dalam gambar ni. Paling malassssss pun, cuci muka – toner – moisturizer. Please!

5. Keluarkan peluh

Buat apa saja aktiviti yang boleh keluarkan peluh. Apa-apa je asalkan KELUAR PELUH. Bersenam bukan je baik untuk kesihatan tapi untuk kulit. Ramona selalu perasan extra cantik bila tengok cermin lepas bersenam.

6. JANGAN sentuh muka anda

Dulu masa Ramona ada masalah kulit, tangan & jari jemari memang geram sangat nak pegang muka. Sebab bila rasa biji-biji tu, sedap nak korek / cubit / picit. Tolong faham tangan tu penuh dengan kuman dan bakteria.

7. Jaga makan

Sebelum ni Ramona main hentam je makan, tapi sejak ada masalah kulit Ramona macam dapat kesedaran yang sebenarnya kena jaga makan.
KURANGKAN MINYAK. Ramona percaya makanan berminyak antara punca utama masalah kulit.

8 Jangan tidur tanpa cuci mekap

Jgn tido dengan mekap! Balik lambat macam mana sekali pun, penat macam mana skali pun, merayaplah lama mana skali pun. Kalau dah ngantuk tu, PLEASE WASH YOUR FACE bersih2 dahulu.

Sumber: Facebook Ramona Zamzam