Mengakui dia merupakan salah seorang kontak rapat kepada Alif Satar yang disahkan positif Covid-19, Pengarah dan pelakon popular Michael Ang segera melakukan ujian saringan sebagai langkah berjaga-jaga.
Meluahkan rasa syukur selepas disahkan bebas daripada virus berkenaan, Michal berkata pada awalnya skeptikal tentang wabak itu, namun pandangannya berubah apabila kenalan terdekat dijangkiti wabak tersebut.
BACA: Dikutuk Nampak Tua Selepas Kurus, Michael Ang Tegur Netizen Biadap
“Pesanan saya kepada semua yang menonton video ini, this covid is real! Sebelum ini I sendiri ada perasaan ragu-ragu kononnya I kebal takkan kena covid, malah baru-baru ini I ada berbual dengan seorang kawan tentang benda ni.
“Disebabkan kita tak ada orang yang dekat dengan kita kena benda ni, jadi kita tak tahu sejauh mana kebenarannya benda ni.
“Sampai terfikir entah-entah semua ini ‘propa’…Tapi bila orang terdekat dengan kita sendiri dah disahkan positif barulah sedar diri yang benda ni real,” katanya.
Dalam pada itu, Michael turut menitipkan pesanan kepada semua supaya menjaga diri serta berhati-hati setiap kali keluar rumah kerana COVID-19 bukan perkara boleh dibawa main.
“Jadi kepada anda semua, tolonglah berhati-hati, ikut SOP, buat apa yang kita perlu, pakai pelitup muka, cuci tangan dengan pembasmi kuman selalu, jaga penjarakan sosial, kalau keluar balik terus mandi, jaga diri anda sebaik-baiknya.
“This thing is real and dia takkan kenal orang, sesiapa pun boleh kena..Hati-hati dan kekal selamat untuk diri sendiri dan orang tersayang,” katanya.
Diawal perkongsian video itu, Michael turut menjelaskan menjelaskan tentang keputusannya membuat ujian calit dan bagaimana dia menjadi kontak rapat Alif Satar.
“I memang kontak rapat Alif Satar, bertemu dengan beliau pada 11 November lalu, terserempak di sebuah kafe.
“Saya dah buat test dan hari ini (semalam) dah dapat panggilan daripada hospital di Damansara tempat saya menjalankan ujian calit semalam dan keputusannya adalah negatif,” katanya.