Hati ibu mana yang tidak sedih apabila fizikal anaknya sering menjadi bahan kutukan. Itulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh pelakon Nora Danish apabila anak lelakinya, Ney Ney sering menjadi mangsa ejekan netizen.

Sebelum ini, Nora mengakui hatinya terkilan dengan sikap sesetengah netizen yang mengutuk rupa paras anaknya yang dikatakan hodoh sedangkan ibu bapanya cantik dan kacak. Nora juga mendoakan individu yang mempertikaikan ciptaan Tuhan akan mendapat hidayah satu hari nanti.


BACA: Rupa Paras Anak Dikutuk, Nora Danish Menangis


Baru-baru ini, foto Nora bersama anak kesayangannya, Ney Ney yang kini berusia enam bulan menjadi tumpuan ramai. Ramai yang berkatakan mengenai perubahan wajah anaknya itu yang dilihat semakin comel dan kacak. Ada juga yang mengatakan wajah Ney Ney seiras wajah ibunya.



Apa yang pasti, menghina wajah seorang bayi sememangnya perbuatan yang sungguh tidak matang, lebih-lebih mempertikaikan ciptaan Tuhan. Mungkin mereka ini masih tidak cukup umur dan hanya berselindung di sebalik akaun palsu.