fbpx

“Dulu Dibuang & Dihina, Sekarang Dipuji Dan Dikutip”

Penampilan isteri pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil langsing selepas berjaya menurunkan berat badan lebih 10 kilogram.

Terbaru, perkongsian Serra di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila seolah mengimbau detik hitam ‘dibuang’ ketika dirinya kurang menarik namun dipandang semula selepas kurus dan cantik.

BACA: Berat Turun 10 Kg, Isteri Shuk Dipuji Semakin Cantik

“Dibuang dan dihina di saat wajahku begini. Dipuji dan dikutip saat wajahku berubah begini,” tulisnya.

Tidak dapat dipastikan perkongsian itu ditujukan kepada siapa, mungkin sekadar mahu melepaskan perasaan sakit yang terbuku di hati.

Awal November, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.