fbpx

Dulu Asyik Dikeji, Kini Persembahan Live Nabila Razali Dipuji

Penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa syukur apabila persembahannya secara langsung di program MeleTOP baru-baru ini mendapat reaksi positif daripada netizen.

Nabila berkata dia mengakui terkejut apabila nyanyiannya untuk single terbaru, Putus mendapat pujian ramai. Malah, ramai melihat perubahan ketara pada persembahannya itu.

BACA: Impian Nabila Razali Beli Rumah Dua Tingkat Tercapai

“Kalau dulu saya banyak terima komen negatif daripada positif, tapi sekarang lebih banyak komen positif pula yang diberikan.

“Mungkin orang luar nampak perubahan ketara dalam nyanyian, kerana saya memang tidak henti perbaiki kualiti nyanyian dan kerja. Saya selalu pegang dengan prinsip ‘tak mati dek keji, tak hidup dek puji’. Saya buat semua ini bukan untuk orang lain, tapi diri sendiri.

Dalam pada itu, Nabila berkata selepas insiden terkucil dia tidak berhenti untuk memperbaiki vokal, malah sanggup berhabis wang untuk menyanyi lebih baik.

“Sejujurnya sejak kejadian nyanyian terkucil itu, saya memang tidak berterusan pergi kelas vokal. Saya juga sanggup berhabis wang untuk bayar guru vokal supaya dapat menjadi lebih baik.

“Sebagai manusia kita pasti ada banyak kekurangan. Alhamdulillah, persembahan saya malam tadi dapat memperlihatkan perbezaan kepada penonton sekali gus berjaya meresapkan apa yang diajar oleh guru vokal selama ini,” katanya.