Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan terkilan dengan sikap netizen yang terlalu taksub dengan aplikasi mengubah jantina wajah, Faceapp walaupun sudah mengetahui hukumnya adalah haram.

Memuat naik video di Instagram, PU Abu mengatakan sebelum ini dia dikecam teruk susulan tindakannya membuat video TikTok kerana gelarannya sebagai ‘PU’. Namun, ramai tidak pedulikan tentang soal halal haram melakukan Lathi Challenge dan Faceapp.

BACA: PU Abu Enggan Komen Dakwaan Rujuk Dengan Isteri Pertama

https://www.instagram.com/p/CBvpQjYpfpH/?utm_source=ig_embed

“Aku teringat masa aku dikecam buat video TikTok, katanya aku tak boleh buat sebab ‘PU’.

“Tapi bila datang #lathichallenge dan #faceapp tukar jantina berapa ramai orang yang buat dan dapat sambutan. Langsung tiada common sense pada benda haram,” tulisnya.

Kesal dengan perkara itu, PU Abu menjelaskan hukum agama tidak terikat pada status atau latar belakang seseorang. Malah, PU Abu menegaskan jangan ‘double standard’ hukuman tuhan dan berhenti mempermosikan perkara yang haram.

“Hukum agama ni tak terikat pada latar belakang diri kita, kita artis ke, PU ke, pemimpin negara ke kalau sesuatu tu haram maka haram untuk kita semua. Jangan double standard hukum tuhan dan stop promosi benda haram!” tambahnya.

Sebelum ini, tindakan Abu memuat naik sepotong video TikTok bersama keluarganya mendapat kecaman hebat netizen.

Rata-rata netizen mengkritik tindakan PU Abu itu kerana tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang ustaz. Malah, ada yang meminta PU Abu membuang gelaran Pencetus Ummah kerana beranggapan pendakwah itu tidak layak.

×