“Duit Kemenangan RM20,000 Nak Bayar Hutang, Tebus Barang Kemas”
Menduduki tempat keempat di Gegar Vaganza musim kelapas sekaligus membawa pulang wang tunai RM20,000, penyanyi Adibah Noor berkata dia mahu menggunakan wang kemenangan itu untuk membayar hutang.
Kata Adibah lagi, dia juga mahu menebus kembali barang kemas yang digadai selepas berdepan masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
BACA:Adibah Noor Akui Persembahannya Di GV8 Macam Sampah
“Rasanya semua sudah tahu bagaimana saya lalui hidup susah ketika dua kali tempoh PKP sebelum ini. Saya tidak malu mengaku tentang hal tersebut.
“Duit kemenangan ini saya akan gunakan untuk bayar semya hutang yang telah saya pinjam sebelum ini dan tebus kembali barang kemas. Selain itu akan simpan sedikit dan jika ada lebih saya mahu bercuti rehatkan diri,” katanya.
Dalam pada itu, Adibah berkata sepanjang menyertai program GV8, dia mula sedar dan tidak mahu lagi bersikap menghakimi orang lain serta tidak cepat menilai.
“Sebelum ini kata-kata saya berbisa bila menulis di media sosial. Setiap orang ada tuntutan kerja masing-masing, biarlah mereka lakukan kerja mereka..
“Selain itu GV8 juga membuka mata saya kepada netizen. Saya faham mereka hanya komen dengan apa yang dipersembahkan,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Bagus kak deeb kalah pun bermaruah…rezeki astro yg tulis. Pernah menang best vokal AJL. Cam mana juri menilai. Hauk GV!
Eerem tgk ke tak dr minggu 1st??
sembang kari lah kau eeren
kak ni bagus, merendah diri..dri dulu saya suka. Kak jimat2 yer duit.
dia ni lagend tau.. tp rezeki jd menyanyi kadang2 ada naik dan turun..
better akak buat bisness je la..tak pn mengajar…
Kdg kala kita tersilap pilih jalan karier kerana kita sangka ia lebih baik tetapi yg kita temui hanya harapan kosong. Membuatkan kita persoalkan nasib kita. Apa juga pilihan yg kita telah buat tak bermakna kita tak boleh mengubahnya dgn jln berikhtiar dan berdoa. Kak debb ni jika jd cikgu BI dulu mungkin dh tahap jusa tapi cita2 tinggi dan ketika itu mungkin rezekinya mencurah. Namun dlm keadaan skrg bkn kak deeb saja yg terasa kepahitan itu. Anggap lah ia juga jentikan syahdu utk kita mendekati diri kpd Yg Maha Kuasa. Syukur dgn rezeki yg dikurniakan. Namun jgn perlu kita kesal dgn jalan yg kita pilih. Jika kita masih ada masa, buatlah perubahan paradigma. Dunia ini pun sudah tua. Begitu juga dgn kita semua. Semuga terus berjaya dlm bidang yg diceburi.
Congrats Kak Deeb! Rezki Allah tentukan melalui Astro. Xnk komen mcm owg xde aqidah agama.
Despite the hardship you’ve been through, you’ve been granted some light at the end of the tunnel. Syukur..alhamdulillah.
Wish u Gud Luck Kak Deeb & take care!
tu lah dah elok dah jadik cikgu BI ko berenti pulak. kejar sangat dunia glamer yg tak ke mana ni. seingat aku masa si adibah ni quit jadik cikgu BI tu pun lepas dia dapat watak orang gaji speaking dalam Sepet kalau tak silap aku. hadoi, watak orang gaji ja pun, cemanalah pemikiran si adibah ni ye