fbpx

Adibah Noor Akui Persembahannya Di GV8 Macam Sampah

Menduduki tangga tiga terbawah pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim kelapan minggu lalu, penyanyi Adibah Noor mengakui persembahannya kurang memuaskan.

Mempersembahkan lagu Berdiri Bulu Romaku nyanyian penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang, Adibah mengakui persembahannya seperti sampah, malah dia turut terkejut apabila menonton semula persembahannya itu.

BACA: Serik Lima Kali Putus Cinta, Adibah Noor Tekad Hidup Membujang

“Tiada apa yang salah dengan elemen dikir barat. Yang tersasar teruk adalah interpretasi dan cara saya menyanyi. Memang sampah! Saya tengok balik pun tepuk dahi kenapa saya buat macam tu,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Adibah bagaimanapun meluahkan rasa syukur masih diberi peluang untuk terus beraksi di konsert GV8.

“Alhamdulillah, masih ada peluang buat saya. InsyaAllah. Terima kasih atas maklum balas, kasih sayang dan semangat yang kalian titipkan. Jumpa ahad ini okey?” tulisnya.

Perkongsian Adibah itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang terus memberikan kata-kata semangat untuk terus buat lebih baik di minggu hadapan.