fbpx

Duet Bersama Caprice, Aliff Syukri Yakin Ramai Tak Sabar Dengar Suaranya

Perkongsian Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ramai apabila bakal muncul dengan single terbaru berduet dengan penyanyi rap Caprice.

Menerusi posting tersebut, usahawan kosmetik itu dilihat sedang melakukan perbincangan dengan Caprice di sebuah studio rakaman.

BACA: Aliff Syukri Difitnah Sentuh Dada Peminat Ketika Bergambar

Aliff turut mengatakan pasti ramai yang tidak sabar untuk mendengar suaranya serta mengakui dirinya penyanyi nombor satu.

“Komen jujur please suara saya merdukan.. pasti ramai yang tak sabar nak dengar suara penyanyi nombor satu beraksi,” tulisnya.

Menerusi Insta Story, Aliff turut berkongsikan beberapa video di sebalik tabir pembikinan muzik video (MV) lagu berkenaan.

Terdahulu, Caprice memuji lagu Swipe nyanyian Alyph duet bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sehingga menjadi fenomena di media sosial.

Caprice turut mengajak Aliff Syukri untuk berduet, namun memberikan syarat meminta agar tiada adegan ‘menyotong’ jika ingin berkolaborasi dengannya.