Aliff Syukri Difitnah Sentuh Dada Peminat Ketika Bergambar
Baru-baru ini, perkongsian video usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ketika berada di sebuah festival di Sabah.
Menerusi video itu, Aliff dilihat sibuk melayan peminat dan pengunjung festival tersebut yang mahu bergambar dengannya.
BACA: Aliff Syukri Cemas Isteri Menjerit Sakit, Alami Pendarahan
Namun, apa yang menjadi bualan hangat apabila usahawan itu didakwa menyentuh payudara seorang wanita ketika bergambar.
View this post on Instagram
Tetapi sebenarnya bukan itu yang berlaku, sebaliknya wanita yang berada di depan Aliff itu tiba-tiba memusingkan badan dan tangan usahawan itu yang sedang membuat isyarat dilihat seolah menyentuh payudara wanita berkenaan.
Seperti sudah dijangka, ada sahaja netizen yang melemparkan tuduhan terhadap Aliff serta ada yang mengingatkan tentang isterinya, Datin Seri Shahida yang kini sedang hamil.
Bagaimanapun, ada yang mempertahankan Aliff serta meminta netizen lain untuk perhatikan video itu dengan teliti kerana tidak berlaku sentuhan seperti yang didakwa.
Tu pondan la bkn pmpn.. Tgn x tersentuh lgsg la.. Korg ni kje cri dosa je
Kalau betul-betul dia pegang, minah tu tentu SYIOK sebenarnya. Nampak jenis macam tu berdasarkan pakaian. Tayang buah dada kepada awam.
Tapi kalau orang perli atau apa, tentu dia laung “sexual harassment”. Sedangkan dia menjemput bila berpakaian begitu.
Jenis MURAHAN