fbpx

Duduk Rumah Diam-diam & Ketahui Terapi Yang Boleh Mendamaikan Minda Anda

Penularan wabak COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada kita semua. Bukan dari segi kelangsungan hidup sahaja malah dari segi keselamatan dan juga kesihatan. Sedar tak sedar, kita pun dah mula menerima kehidupan dalam norma baharu ini.

Memang tidak dinafikan, banyak masa yang kita habiskan adalah berada di rumah. Ye lah, dalam keadaan sekarang ini, duduk rumah adalah benda paling baik untuk kita lakukan bagi mengelakkan jangkitan virus COVID-19. Tiada alasan lagi yer.

Tapi mungkin dari anda rasa bila duduk di rumah ni mood akan jadi lain. Mula rasa stress dan sebagainya. Tapi anda kena ingat, bila duduk di rumah dan dikelilingi pula dengan persekitaran rumah yang menenangkan, perkataan stress tu dah boleh buang jauh-jauh.

Macam mana nak dapatkan persekitaran sebegini? Meh sini kami kongsikan dengan anda terapi yang boleh anda lakukan untuk sentiasa berasa tenang bila berada di rumah bersama keluarga tercinta.

1. Manjakan Diri, Cipta Suasana Ala Spa

Sambil-sambil anda bekerja dari rumah, anda boleh jer manjakan diri dan juga cipta suasana spa di rumah.

Buat jer di bilik anda tu. Asalkan ianya bersih dan selesa. Anda boleh menyalakan lilin wangi atau lilin aromaterapi untuk membangkitkan mood.

Selepas itu, laraskan cahaya supaya bilik tidak terlalu terang. Tambahkan pula alunan muzik mengikut kegemaran anda dengan nada yang santai, sudah semestinya anda berasa lebih tenang jer.

2. Tingkatkan Kualiti Udara Di Rumah Anda Dengan Pembersih Udara

Memang tak dapat dinafikan, kalau mahu duduk selesa di rumah, kebersihan lah yang paling utama. Jadi, anda boleh tingkatkan kualiti udara di rumah anda dengan pembersih udara.

Ia dapat membersihkan udara di rumah untuk bernafas lebih baik di samping dapat menapis alergen dan potensi risiko lain untuk kesihatan.

Bukan itu jer, ia juga dapat menghilangkan bau yang tidak sedap dari haiwan peliharaan dan juga ketika anda memasak. Dengan adanya pembersih udara, memang anda akan berasa lagi selesa bila berada di rumah.

3. Letak Pewangi Di Rumah

Siapa jer tak suka dengan bau yang wangi kan? Haa, kalau anda nak tahu penggunaan pewangi mampu menjadi aroma terapi yang menghilangkan rasa penat dan kembali menyegarkan minda setelah badan seharian terasa keletihan.

Kami cadangkan anda untuk beli pewangi yang sesuai dengan citarasa dan keperluan anda untuk diletakkan di rumah anda tu. Kalau hari-hari berada dalam persekitaran yang wangi memang akan terasa lebih tenang.

4. Buat Kerja Rumah, Masak & Makan Bersama

Kalau dulu kita selalu gunakan alasan tidak dapat masak dan makan bersama keluarga kerana masa seharian banyak di ofis. Jadi, sekarang inilah masanya untuk anda recover balik masa-masa anda bersama keluarga tercinta.

Ini juga salah satu terapi yang anda boleh lakukan bersama. Luangkan masa bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Barulah hubungan menjadi lebih rapat. Ada hikmahnya juga bila kita semua ‘dikurung’ di rumah sendiri ni kan?

5. Penuhi Rumah Dengan Perabot Kayu Sebagai Terapi Semulajadi

Mungkin anda tak tahu yang perabot kayu pejal adalah salah satu terapi semulajadi yang boleh anda letakkan di rumah.

Dalam kesibukan kerja, kadang-kadang kita mahukan suasana yang damai dan juga menenangkan ketika berada di rumah.

Buat anda yang sukakan alam semulajadi seperti kayu solid, selepas ini anda dah boleh penuhkan ruangan di rumah anda dengan perabot kayu ini.

Kalau anda nak tahu, jenama perabot mewah, Rozel ada mengeluarkan koleksi Khayu yang sangat cantik dengan penambahan baru seperti meja kopi, bangku, meja konsol dan meja makan untuk ruang dalaman yang lebih bergaya.

Koleksi Khayu ini diperbuat daripada pelbagai jenis kayu. Antaranya dari kayu abu, kayu oak, walnut dan gabungan bahan seperti marmar, kaca tempered, dan keluli tahan karat untuk membuat perabot dengan gaya yang lebih kontemporari untuk diletakkan di rumah anda.

Perabot kayu ini juga mempunyai corak yang sangat menarik dan sangat terkenal dengan kestabilan dan tahan terhadap degradasi dari masa ke masa.

Di dalam koleksi Khayu, anda juga dapat menemukan kombinasi bukan hanya bahan, tetapi juga bentuk siluetnya yang inovatif yang menambahkan kemewahan kontemporari pada keseluruhan perabot!

Dengan kata lain, perabot Khayu ini sangat cantik, sesuai dengan anda yang mahukan perabot lain dari lain.

Anda juga boleh dapatkan tawaran meja makan Khayu eksklusif dan premium dari Rozel dengan harga serendah RM4,390 sahaja.

Bukan itu jer, Rozel juga ada buat promosi serendah RM99 apabila anda membuat pembelian mana-mana meja makan Khayu sekarang!

Untuk info lanjut anda boleh layari link di bawah.

Laman website Rozel: LINK INI.
Facebook: LINK INI.
Instagram: LINK INI.

Jangan Stress-stress!

Sambil-sambil di rumah, sambil juga anda terapikan diri dengan senarai yang kami berikan di atas tadi. Penuhkan masa anda di rumah dengan keluarga tercinta dan aktiviti yang menarik. Jangan stress-stress okay!

#RozelMY #contemporary #fusion #tailored #opulent #sculpted #architectural #traditional #luxurious #timeless #classic #essential #elegant #rozel #sofa #furniture #leather #livingroom