Dua Tahun Menjanda, Nonny Nadirah Menangis Dilamar Kekasih
Pelakon Nonny Nadirah mengakui bukan mudah untuk membuka pintu hatinya untuk menerima cinta lagi selepas berpisah dengan bekas suami dua tahun lalu. Bagaimanapun, kehadiran pelakon Niezam Zaidi banyak mengubah hidupnya sejak setahun lalu.
Malah, Niezam juga meluahkan hasrat menyunting Nonny sebagai suri hidupnya, sebelum penghujung tahun ini. Noony berkata dia menangis membaca pengakuan ‘teman tapi mesra’ dimana Naziem mahu membawa hubungan mereka ke jinjang pelamin.
BACA: Nonny AF5: Sumpah Tak Bercinta Dengan Datuk Red
“Sebelum ini, Niezam pernah bertanya soal kahwin, tetapi saya buat tak tahu dan ingat hanya main-main. Cara bertanya ketika itu seperti berseloroh, jadi saya tak fikir serius.
“Niezam bertanya lagi, baru-baru ini. Apa yang saya tak sangka, dia nak minta izin dan tanya Mama untuk membawa hubungan ini ke fasa seterusnya. Saya hanya mengiyakan.
“Saya tak duga, Niezam keluarkan kenyataan mahu melamar. Saya memang terkejut dan menitiskan air mata membaca kenyataannya. Tak sangka, dia berani dan bersungguh-sungguh memaklumkan hal ini satu Malaysia,” katanya kepada BH Online.
Nonny berkata dia sangat terharu dengan kejujuran Niezam, malah mengangis dalam kesyukuran ketika solat. Turut berkongsikan perkara itu dengan ibunya, Nonny meluahkan rasa syukur kerana ada lelaki yang boleh menerima status dirinya.
“Sebagai wanita, saya terharu dengan kejujuran Niezam. Tak tahu nak beri reaksi bagaimana. Saya solat sambil menangis dalam kesyukuran. Saya turut berkongsi hal ini dengan Mama.
“Akhirnya, ada lelaki yang boleh menerima saya dan status sebagai ibu tunggal. Apa yang saya inginkan, Niezam boleh sayang saya kerana Allah SWT. Saya nampak kesungguhannya untuk tidak mempersia-siakan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Nonny berharap apa yang dirancang Niezam akan dipermudahkan serta mengharapkan doa yang baik-baik serta hubungan tersebut bahagia sampai ke syurga.
- SUMBER
- BH Online
Dua2 aku x kenal… Seriously who are this guys??
Nonny ni aku hanya kenal nama, ex AF rsnya..yg niezam ni lgsg x kenai..sjla google kuar pic lain..ehhh napa beza muka n kaler niezam ni..sini nmpk hensem tinggi ala2 alex yoong tgk pic lain errr ala2 jiran sebelah rumah aku je..x kutuk cuma lain je
Dari cara dia ckp tu mcm hina sgt pangkat ibu tunggal.
Awak tu sucikan kan sikit hati tu. Xde lah jd intrerprate jadi mcm tu. Betullah dia ckp. Xsemua lelaki sudi terima tanggungjawab jaga n syg anak org lain. Tp this guy terima. So xde salah lah apa dia ckp
Nonny ada anak ke?
Aku prnh tgk mamat ni brlakon. Ala2 bad boy gitu. Jika kne wataknya dia ni boleh jd leading role. Dlm gmbr ni nmpk lg kacak la. Last aku tgk drama apa tah mcm bdk form5 lagi. Good luck to both. Semoga dimudahkan.
Alhamdullilah…yela betul dia ckp bukan niat dia menghina pun…janganla sensitive sangat…tak ramai lelaki berani nak dekat dgn j****, lebih2 ibu tunggal…dia dah ada anak rupanya…apapun okla kalau tak salah lelaki ni pernah act drama seramla aku google ada pulak gambar dia keluar, yg kat atas tu menipu aja kerjanya…boleh la tahan muka…Noni ni cantik asli takyah alter2 mcm artis2 lain…congrats
Nonny berlakun ok..tak kayu. Rupa pun ok..sweet gitu. The guy niezam ok juga. Wajah kacak lelaki Melayu asli. Tak mcm set2 pelakon lelaki wajah mcm mat bangla yg buat aku terus tutup tv. Hahaha…
NI HANIFF , BLAKON DGN AYDA JEBAT CERITA CINDAI TU. PEGANG WATAK JAHAT,
Akak dah cam mamat ni yg berlakon dlm Sangkar. Dia yg jaga adik mira filzah dan tgk video Abam Remy vs Abam Zul kat roof top kalo x silap hakak lar.