fbpx

Dua Sekuel Independence Day & Will Smith Minta RM155 Juta Untuk Kembali

Siapa boleh lupakan antara filem blockbuster sekitar tahun 1996 , Independence Day yang cukup canggih ketika itu.

Kami masih di’bangku sekolah rendah namun perasaan teruja masih ada setiap kali memasang VHS Independence Day untuk tontonan hujung minggu.

Selepas 15 tahun, pengarah asal filem ini Roland Emmerich dan pasukan’nya kini dalam persiapan terakhir untuk merealisasikan filem sekuel untuk Independence Day — bukan satu, tetapi dua sekaligus.

Filem asal yang berjaya mengutip lebih RM2.5 billion seluruh dunia ini menampilkan watak utama Kapten Stephen Hiller yang di’bawa oleh Will Smith dan kini ianya menjadi persoalan, adakah Will Smith akan kembali?

Menurut laporan media Hollywood, Will Smith yang kali terakhir muncul dengan filem Seven Pounds sekitar 2008 meletakkan harga sebanyak US$50 juta (RM155 juta) untuk beliau kembali melakonkan watak utama.

Angka ini bagi kami cukup munasabah memandangkan secara purata, filem lakonan Will Smith akan mengutip hampir US$400 juta (RM1.2 billion) selepas habis tayangan di’seluruh dunia.

Namun begitu, pihak penerbit Fox berkata mereka tidak teragak agak untuk meneruskan projel dua sekuel Independence Day ini tanpa kehadiran Will Smith. Ego producer is ego.