Tahniah diucapkan buat pelakon Mas Khan yang sah bergelar suami kepada wanita pilihan hati Anatasha Diana dengan sekali lafaz pagi tadi.
Memetik mStar Online, dalam majlis serba indah itu Mas menyerahkan mas kahwin RM1,497 serta RM20,000 wang hantaran dan seulas gelang emas.
BACA: Mas Khan Bertunang Dengan Pramugari, Nikah 25.5.2025
Sementara itu, Mas berkata air matanya mengalir sebaik saja sah bergelar suami kepada Anatasha selepas lebih setahun mengikat tali pertunangan pada Julai tahun lalu.
“Dua kali air mata jantan saya gugur. Pertama apabila melihat isteri berjalan masuk ke dalam dewan. Air mata saya kemudian mengalir lagi selepas kami sah bergelar suami isteri. Saya rasa ini satu tanggungjawab besar selepas bergelar suami,” katanya.
Difahamkan, pasangan itu akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah petang dan majlis pengantin lelaki akan berlangsung pada 14 Jun depan di Genting Highland.
SUMBER: mStar Online