fbpx

Setiap orang memiliki jenis kulit yang berlainan dan pada kebiasaannya untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, bersih dan berseri memerlukan penjagaan asas yang betul sesuai dengan jenis kulit wajah seseorang itu.

Namun perkara paling merengsakan atau annoying apabila majlis pertunangan semakin hampir adalah bila hadir ‘sahabat’ yang tidak diundang — ya, jerawat di muka yang muncul di saat saat akhir.

Seorang gadis bernama Aina yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan baru baru ini berkongsi tentang tips penjagaan kulit wajahnya menjelang hari bahagia dengan mengamalkan produk Almas Skincare iaitu Snow Cleanser, Gold Serum & Silk Foundation.

Snow Cleanser keluaran Almas ini mampu menghapuskan sel-sel kulit mati, menjadikan tona kulit menjadi lebih sekata, memberikan cucian yang mendalam secara lembut, menyingkirkan minyak, kotoran dan make-up, mencerahkan kulit wajah, mengembalikan kesegaran wajah, menghilangkan blackhead & whitehead, menghalang penghasilan sebum yang berlebihan serta melembapkan kulit secara mendalam.

“Untuk Snow Cleanser, harga pun tak mahal. Sebelum ni guna juga produk tempatan lain tapi muka berminyak & jerawat mula tumbuh. Jadi bila gunakan Snow Cleanser ni alhamdulillah sangat sebab memang berkesan. Banyak fungsi tau, nak guna untuk makeup remover boleh, tak keringkan kulit pula tu”

Selepas selesai membersihkan muka, Aina menggunakan Gold Serum untuk memudarkan garis halus di wajah, menegang & melembapkan kulit serta merawat masalah jerawat, parut jerawat, jeragat & kulit kusam yang ada.

Gold Serum ini juga bertindak melalui 3 lapisan kulit untuk menjadikan kulit lebih cerah, melicinkan dan melembutkan kulit wajah, merawat sel kulit mati, melambatkan proses penuaan, mengecil dan menutup liang pori selain membuatkan make-up tahan lebih lama dan glowing.

“Gold Serum ni paling magic pernah cuba, highly recommended. Gold Serum ni dia all-in-one, penting untuk rawat kulit kita, muka akan jadi lebih halus & lembut. Memang best pakai. Kesan cepat pula tu. Yang mana jerawat & parut-parut dekat muka cepat hilang. Memang puas hati. Gold Serum ni pengganti krim siang & krim malam sebab tak gemar pakai krim, leceh nak sapu,” tambah Aina lagi.

Silk Foundation ini mampu mengekalkan kelembapan wajah sepanjang hari supaya kulit tidak kering, mampu menutup cela pada wajah dan memberikan full coverage supaya tidak memberikan kesan capuk pada wajah anda. Sesuai untuk dipakai sepanjang hari, Silk Foundation ini tidak berminyak dan tidak akan menyumbat liang pori di wajah anda.

Silk Foundation keluaran Almas Skincare ini juga mampu bertahan sehingga 24 jam menjadikan wajah anda glowing dan flawless sepanjang hari.

“Ini semua apa yang Aina guna dan amalkan. Sebelum ni guna produk lain termasuk produk drugstore tapi kesan tak sehebat Almas Skincare. Sebelum ni kulit wajah tak secerah dan licin seperti sekarangg. Dulu ada juga jerawat & parut-parut jerawat, kulit kusam. Hanya cover dengan foundation je”

“Tapi sekarang hasil beberapa bulan gunakan Almas Skincare, berjaya mengubah kulit yang berparut dan kusam,” luah Aina yang kini mampu tersenyum kerana kulitnya sangat halus, licin & glowing serta flawless.

Jika anda mempunyai masalah jerawat di muka atau apa sahaja masalah kulit wajah, Snow Cleanser, Gold Serum & Silk Foundation keluaran Almas ini adalah pilihan yang tepat untuk merawat kulit wajah anda supaya kelihatan cantik, bersih licin, glowing dan gebu.

Dapatkan Snow Cleanser, Gold Serum & Silk Foundation anda dengan harga yang sangat menarik sekarang dengan klik http://60192122005.wasap.my/ hari ini!

Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web www.almas.com.my, Facebook rasmi ALMAS Beauty & Health atau Instagram @almasbeautyhealth.