Lara Alana Kumpul 100,000 Pengikut Di Instagram Dalam 48 Jam
Kami pun tidak tahu kenapa perkara ini perlu menjadi perhatian anda semua nanum sebagai anak sulung kepada pasangan selebriti, angka ini bukan mengejutkan. Scha al-Yahya dan Awal Ashaari sendiri melahirkan rasa terkejut dengan sambutan peminat.
Hujung minggu lalu, telah berlangsung majlis aqiqah dan cukur jambul Lara Alana, anak pasangan Scha al-Yahya dan Awal Ashaari di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara.
Bercakap kepada media, Scha al-Yahya dan Awal Ashaari menganggap majlis aqiqah Lana Alana ini sebagai majlis kahwin semula kerana ianya dianjurkan seperti majlis perkahwinan siap dengan pelamin dan mereka turut mengenakan busana putih ala pengantin.
BACA: Scha al-Yahya Mengaku Awal Ashaari Lebih Pandai Urus & Jaga Anak
“Apa-apapun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami membuat persiapan majlis ini sejak tiga hingga empat minggu lalu. Tambah pula kami memilih tarikh hari ini bagi mengambil kesempatan bersempena dengan sambutan Awal Muharram 1436,” katanya.
Dalam pada itu juga, mengulas tentang akaun Instagram anaknya yang berjaya mengumpul ribuan pengikut walaupun baru sahaja dilancarkan Jumaat lalu, Scha al-Yahya sendiri tidak menyangka ianya mendapat ikutan ramai.
“Apabila akaun itu dibuka secara umum, tidak sangka pula ramai yang menjadi pengikut Lara dan dalam sehari lebih 60,000 pengikut. Yang menariknya, pengikut Lara kebanyakannya menghormati akaun itu di mana tiada komen berunsur menjual produk,” tambahnya. (rtky/m)
anak scha dan awal comel and smart looking. All three look awesome.. white and pure. tahniah krana menganjurkan aqiqah anak supaya hidupnya sempurna didunia dan akhirat,
Wow..boleh bagi award the famous baby ni…
mak bpknya pakai baju mcm nak menikah especially mak nya!
Itula gaye artis ni…semua benda yg d buat mesti nk havoc…diaorang ni sedar x yg sekarang kecoh tanda2 kiamat nk kuar…3 hr gelap tanpa matahari..maka pintu taubat akan tertutup………
mcm ni lah parenting…
taksubnya…bapak giler glamer…anak jadi mangsa. kesian artis jerit nak perhatian cam ni.
over sgt la 2dua ekor ni. makin nyampah lak. :(
hebatlah cepat dapat 100k follower..best betul kalau dapat follower sebanyak tu
Dorang takder ekor sbb aper sbb dorang manusia . Lagipon korang semua nie biarlh die nk wat aper pon duit die . Kalau menyampah sangat tk yah tgk senang cite kan . Kata tanda tanda kiamat dh nk dekat tapi kau still mengutuk dan menjugde die kau pikir diri kau tuu dh cukup sempurna untuk judge org ker ? Kat alam nie cuma seorang jer yg sempurna iaitu allah . Jadi korang tk yah lah nk bajet diri korang perfect . Before you judge seseorang tuu pastikan diri you tuu dh btlbtl perfect . Pls take a note .
ceria dan happy jer diorang ni kan – kedaionlinemy.com