fbpx

Dua Bulan Tiada Job, Eric Floor 88 Bergantung Dengan Wang Simpanan

Tidak dinafikan susulan pandemik Covid-19, ramai yang terjejas pendapatan termasuk penggiat seni apabila aktiviti hiburan tidak dibenarkan.

Sudah dua bulan tiada sumber pendapatan, Anggota kumpulan Floor 88 yang juga pemain keyboard, Eric Fuzi berkata dia kini bergantung dengan duit simpanan untuk kelangsungan hidup.

“Tiada siapa yang tidak terkesan dalam waktu sukar seperti ini. Cuma, apa yang membezakan adalah jumlah kerugian sama ada besar atau kecil.

“Sejujurnya saya sudah dua bulan tiada sumber pendapatan. Saya hanya bergerak dengan apa saja simpanan yang saya ada selama ini,” katanya.

Meskipun terkesan, bagaimanapun Eric berkata namun dia enggan memikirkan masalah yang berlaku apatah lagi untuk meminta belas kasihan orang.

“Jika diikutkan duit simpanan yang ada mungkin dapat tampung sekitar sebulan setengah saja lagi memandangkan komitmen bulanan yang perlu saya lunaskan agak tinggi.

“Dalam masa sama, saya juga berdepan cabaran untuk mengekalkan perniagaan MASOK Foodcourt yang diusahakan bersama rakan anggota Floor 88 yang lain.

“Selama ini saya tak pernah minta bantuan, malah sekrang ini pun saya tak minta mana-mana bantuan. Cuma, apa yang saya suarakan ini adalah bagi menjawab pertanyaan media terhadap keadaan saya sekarang,” katanya.