DSV Yakin Hubungan Iqbal Dengan Inspektor Sheila Tak Menjadi
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkata dia sedikit pun tiada rasa cemburu apabila bekas kekasihnya, Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk melamar Inspektor Sheila menjadi kekasihnya.
Memetik mStar Online, Vida berkata Iqbal tidak akan bertemu pengganti yang lebih baik dan sehebat dirinya.
BACA: Iqbal Zulkifli Nak Berubat & Mandi Bunga Jika Cinta Ditolak Inspektor Sheila
“Dia tak akan jumpa orang sehebat saya. Sheila belum cukup miliki kriteria seperti saya… hanya Iqbal sahaja tahu kelebihan saya,” katanya.
Sementara itu, Vida menyifatkan Iqbal sudah sendiri serta mendakwa bekas kekasihnya itu hanya mahu menumpang populariti polis berkenaan memandangkan isu Sheila sedang hangat diperkatakan.
Tambah Vida lagi, dia berkata hubungan Iqbal dan Sheila tidak akan menjadi serta berharap bekas kekasihnya itu tidak mempermainkan hati mana-mana wanita.
“Iqbal tu ‘mat celah’, asyik tumpang populariti orang. Dia dah sendu! Cuba berdiri atas kaki sendiri. Saya kenal Iqbal dan hubungan mereka tidak akan menjadi tapi saya harap dia tak mainkan hati mana-mana perempuan,” katanya.
Dalam pada itu, Vida berkongsikan dia dan Iqbal sudah lama tidak berjumpa kerana ada perselisihan faham yang masih belum selesai antara mereka.
“Kami sudah tidak apa-apa hubungan, saya pun tak mahu jumpa dia. Kami masih bergaduh dan tidak akan berbaik sampai bila-bila,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Syarat pertama Bebal dah tak lulus. Sheila mahu pasangan yg boleh bertutur dlm BI dgn baik. Kalau takat cakap BI akcherli, ekcherli, that’s mean, for sure, tak payahlah itu bukan BI.
Rahim pun x reti cakap BI. Sekolah pun x habis. Kerja pn tidak.
Tapi Rahim suka Inspektor Sheila.
SUDAH JATUH HATI pada dia.
Yg Rahim tau, I LOVE U BABY.
????
that’s mean = itu kejam
that means = maksudnya
orang Malaysia tolonglah jangan salah guna
Others customer, more better
semua gila. attention seekers
Ada jugak yang terliur dengan si sheila psiko ni. muka cam jantan pun ada yang berkenan. apa nak jadilah dengan dunia ni. buta.