DSV Terkilan Tak Sempat Bantu Arwah Gmie Kerana Terlalu Sibuk Bekerja
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida meluahkan rasa terkilan apabila tidak sempat memberikan sumbangan bagi membantu meringankan beban Allahyarham Gmie Screen yang berdepan dengan masalah kesihatan buah pinggang berlubang.
Menurut Vida, dia pernah dihubungi wakil Gmie untuk memohon sedikit bantuan namun terpelas pandang kerana dia terlalu sibuk dengan urusan kerja.
BACA: Gmie Screen Meninggal Dunia
“Sebelum meninggal dia ada cakap fasal sakit dia buah pinggang bocor sampai tak boleh jalan dan dia nak benda ini personal. Mungkin keperluan dari segi kewangan fasal sakit dia. Ya Allah saya lupa.
“Ada pihak yang menghubungi saya yang katanya daripada Astro bagi memohon bantuan untuk arwah ketika itu. Saya terkilan sebab tak dapat nak bantu ringankan beban dan kos perubatan dia waktu itu.
“Saya dah dapatkan semua maklumat nombor akaun dia tapi saya lupa, saya terlepas pandang sebab lupa nak maklumkan pembantu peribadi saya, saya rasa ralat sangat,” katanya.
Vida yang pernah menaja program realiti Gegar Vaganza musim ketiga berkata dia akan menunaikan niat itu serta menziarahi keluarga Allahyarham dalam masa terdekat.
“Saya akan tunaikan hasrat saya. Saya dah minta alamat untuk ziarah family dia dalam masa terdekat ini. Saya bukannya nak tumpang story semua orang,” katanya.
Jumaat lalu, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Gmie Screen yang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit buah pinggan berlubang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
- SUMBER
- mStar Online
Tipu….
SI GERSANGGGGG NI TAK ABIS NAK TUMPANG MENENGEK!
Yelah sbb kau tk habes2 dgn iqbal. Mana nk pandang benda lain
Muka2 yg kluo kt blog gossip RK ni mmg muka yg sama jek ke?? Aku tngk kt blog lain meriah je citer2 lain
org mati pun dia nak menumpang cari attention.. hang tolong ja lah diam2.. yang nak bgtau kt media kenapa?
Org tu dah takde baru nk terkilan…. Takatbseribu dua blh je Hulur2 dulu.
boleh je kau tlg..ank bini arwah kn ade lg..tlg la diorg…
poyo tol minah ni…smua nk nyelittttt…