fbpx

DSV Terjah Restoran ‘Siakap Seribu’ Di Langkawi

Sejak minggu lalu tular mengenai kontroversi siakap harga kayangan di media sosial. Isu tersebut turut mendapat perhatian jutawan kosmetik Datuk Seri Vida yang menerjah restoran berkenaan di Pulau Langkawi.

Kebetulan berada di Langkawi, Vida mengatakan dia mahu sendiri ke restoran berkenaan untuk merasai hidangan ‘siakap seribu’ itu serta melihat sendiri harga yang dikenakan oleh kedai berkenaan.

BACA: Isu Harga Ikan Siakap Tak Masuk Akal, DSV Tawar Nak Bayar Bil Mangsa

Turut berkongsiakn video di Instagram, kedatangan Vida disambut mesra oleh pemilik restoran yang menjelaskan isu sebenar yang berlaku.

Vida juga turut dibawa sekitar kedai dan kolam ikan sebelum memilih ikan siakap yang inginkan. Melihatkan video berkenaan, memang banyak hidangan dipesan oleh Vida sehingga penuh satu meja.

Apa yang pasti ramai tertanya-tanya berapa harga dikenakan semua hidangan tersebut. Vida berkata harga yang dikenakan berbaloi iaitu RM918 apatah lagi dapat menikmati pemandangan indah di restoran berkenaan.

“Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tuduhan mengatakan tuan kedai cekik darah.

“Saya makan habis beratus-ratus memang berbaloi, dengan rasa sedap dan keadaan persekitaran yang cantik. Nak berniaga dalam hutan ni, ingat pelanggan ramai datang?,” katanya.

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen netizen yang memuji tindakan usahawan itu yang datang ke restoran tersebut serta memberi peluang kepada pemilik kedai untuk menjelaskan perkara sebenar.

Sebelum ini, Vida pernah menyatakan hasrat mahu membayarkan semula bil hidangan ‘mangsa’. Bagaimanapun difahamkan mangsa menolak secara baik hasrat Vida itu.