fbpx

DSV Tak Sanggup Tengok MV Lagu Iqbal Sampai Habis

Bekas kekasihnya, Ahmad Iqbal Zulkifli baru sahaja melancarkan single berjudul Hujan pada Isnin lalu, jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkata dia tidak sanggup menonton muzik video berkenaan sampai habis.

Vida menyifatkan bekas pembantunya itu gilakan populariti sehingga sanggup menjadikan kisah kahwin tak jadi sebagai jalan cerita muzik video lagu berkenaan.

BACA: Sambut Hari Lahir Ke-50, DSV Hanya Mahu Kasih Sayang Allah

“Saya akui sentap apabila orang samakan jalan cerita dalam MV itu dengan kisah kami..try hard yang memualkan! Dia memang lapar populariti, buat apa sahaja kerana nak capai impian untuk popular.

“Saya tak sanggup nak tengok MV itu sampai habis. Dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh temberang dan pembohongan demi nak meraih populariti dan simpati orang ramai.

“Walaupun MV itu dah diubah menggambarkan saya yang tak bertudung, tak pakai bling-bling dan guna pelakon muda, tapi netizen masih dapat rasa persamaan cerita kami,” katanya.

Mengulas mengenai suara Iqbal, Vida mengakui ianya seperti apa yang diperkatakan pengarah Michael Ang sebelum ini yang menyamakan seperti pondan pencen.

Dalam pada itu, Vida sempat mengucapkan tahniah kepada Iqbal yang akhirnya berjaya meraih populariti singkat dengan menjaja kisah cinta mereka.

“Sebenarnya kekuatan pada lagu ini adalah MV yang sangat kreatif. Itu saya tak boleh nafikan. Suara ada la sikit-sikit macam yang Michael Ang kata dulu (suara kepit macam pondan pencen). Nak masuk anugerah lagu? Saya gelak dulu.

“Lirik lagu itu berkaitan kisah saya adalah jalan utama cerita tapi pembohongan memang jelas dan nyata, cuma cerita sebenar dah di plot twist, kalah cerita tamil,” katanya.