fbpx

DSV Taja Hadiah Emas Palsu?

Masihkah anda ingat penyanyi lagenda Aishah pernah memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza musim keempat (GV4). Baru-baru ini, Aishah mendedahkan bahawa dia belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun pertandingan itu berlalu.

BACA: Datuk Vida Didakwa Menipu, Perguna Sekolah Agama?

Melalui jurucakap Astro, pihak penaja lot banglo berkenaan telah pun menghubungi pihak Astro dan meminta sedikit masa untuk menyelesaikan isu tersebut. Sementara itu dalam masa yang sama, Aishah turut mendakwa bahawa barang kemas tajaan Datuk Seri Vida yang bernilai RM80,000 adalah palsu.

“Adalah lebih baik jika soalan itu ditujukan kepada pihak penaja dan kami enggan mengulas lanjut,” jelas pihak Astro lagi.

Sehingga kini pihak DSV masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan. Sementara itu, hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur dan baucer beli-belah sudah diterima oleh Aishah. (rtky/s)