fbpx

DSV Idam Lelaki Kacak, Yang Tak Kempunan Harta Orang

Meskipun tiga kali gagal dalam perkahwinan, ia tidak membuatkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida merasa serik untuk bergelar isteri. Sebelum ini Datuk Vida memberitahu, dia akan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup.

Baru-baru ini menerusi entri di Instagram, Datuk Vida memberitahu beliau mahu mencari jodoh dan turut mendedahkan ciri-ciri lelaki idamannya.

BACA: Datuk Vida Didakwa Menipu, Perguna Sekolah Agama?

Menurut Vida, beliau inginkan lelaki yang mempunyai perniagaan sendiri, seorang yang kacak, kaya, baik hati, ikhlas dan jujur. Kata Vida lagi, paling penting lelaki itu seorang yang tak kempunan dengan hartanya.

Rata-rata netizen mendoakan agar Datuk Vida segera bertemu jodoh. Ada juga segelintir netizen menasihati Vida agar mencari lelaki yang mampu membimbing, tidak perlu hanya nak mencari yang kaya dan berharta sahaja.

Diharap DSV bertemu lelaki seperti yang diidamkan. Tapi betul juga kata Datuk Vida, bukan senang nak cari lelaki yang ikhlas, ramai yang hanya mahu menumpang di atas kesenangan orang lain.