fbpx

DSV Hadiahkan Anak Kereta Mewah Setengah Juta

Memang untung menjadi anak kepada jutawan! Begitulah keadaanya apabila Datuk Seri Vida menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedez Benz CLK yang berharga setengah juta kepada anaknya, Cik B yang baru berusia 13 tahun.

BACA: Duduk Atas Pusara, Datuk Vida Dilabel Tiada Adab?

Hadiah tuk Cik.B.. Merz . Tag kawan kawan yg nak beli kereta cenggini

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Perkongsian itu dimuat naik sebentar tadi di Instagram milik usahawan itu, menunjukkan Cik B mencuba kereta barunya itu. Jelas Vida, anaknya menginginkan kereta Mustang sebagai hadiah hari jadi namun beliau memilih untuk memberi Mercedes dahulu.

Bagaimanapun tindakan Vida menghadiahkan kereta mewah kepada anaknya yang masih muda menimbulkan perbalahan di ruangan komen. Ada yang menganggap Cik B terlalu muda untuk membawa kereta itu kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Ada juga mendakwa sikap Vida itu hanya ‘merosakkan’ lagi anaknya dengan limpahan kemewahan pada usia muda. Mungkin tidak lama lagi Cik B bakal memiliki lesen memandu, apalagi bila kereta sudah ada! (rtky/w)