fbpx

DSV: Dimana Aishah Sebelum GV?

Minggu lalu, penyanyi Aishah memberikan tempoh tujuh hari kepada Datuk Seri Vida berhubung isu berkaitan hadiah barang kemas yang didakwa palsu selain membuat permohonan maaf. Aishah melalui peguamnya menyatakan bahawa Vida perlu bertanggungjawab terhadap hadiah yang diberikan.

Terbaru, Vida tampil menegaskan bahawa beliau tiada niat untuk membuli artis untuk kepentingan sendiri seperti yang didakwa kerana tujuan program realiti Gegar Vaganza itu diadakan untuk mengangkat semula artis yang ‘sendu’. Kata Vida lagi, nama Aishah lebih dikenali ramai selepas menjuarai program tersebut.

BACA: Aishah Beri DSV 1 Minggu Untuk Mohon Maaf

“Sebenarnya Aishah silap, saya menaja itu satu platform tapi nawaitu saya buat program ini dengan Michael Ang adalah untuk mengangkat artis yang sendu supaya mereka boleh cari makan balik.

“Sekarang semua artis GV meletup-letup, sedangkan kalau artis nak naik ini memang susah, kena marketing tapi mereka dah dapat red karpet. Daripada tak ada show buat show. Motif kita mahu menaikkan artis bukan membuli artis. Jadi jangan ingat program ini hanya sekadar hiburan semata-mata, tidak ya.

“Di mana Aisyah sebelum GV? Dia pula banyak kali buat salah tapi kita terima dia, tak ada nak keluarkan dia semua. Adakah dia anggap itu buli? Apa motif saya berbuat demikian sedangkan saya sebenarnya mahu bantu naikkan dia,” katanya kepada mStar Online.

Mengenai tempoh tujuh hari yang diberikan oleh Aishah, Vida memberitahu segalanya akan terjawab menerusi sidang media khas yang akan diadakan Selasa ini.