fbpx

DSV Bakal Lancar Single Terbaru Ditujukan Kepada Iqbal

Nampaknya selepas usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli melancarkan lagu Hujan, giliran jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida pula bakal melancarkan single baru.

Menurut Vida, dia mengakui terkesan dengan lagu dikeluarkan oleh Iqbal yang menceritakan tentang kisah percintaan mereka dan memilih untuk berdiam.

BACA: DSV Yakin Iqbal Tak Dapat Cari Pengganti Sepertinya

“Sebenarnya bila Iqbal keluarkan lagu, saya berdiam je. Sekarang ni cakap banyak pun tak guna jadi saya nak keluar lagu dan menjawab segala apa yang kau (Iqbal) kata.

“Apa yang kau lirikkan dalam lagu itu, kali ini dengar saya pula punya. Ini jawapan yag perlu ada dalam lagu saya sehingga orang menangis,” katanya.

Mengambil pendekatan untuk meluahkan isi hatinya dalam sebuah lagu yang ditujukan kepada Iqbal, Vida berkata dia mahu semua yang mendengar merasakan kesedihannya.

“Saya akan membawa lagu balada kali ni penuh dengan sentimental with love yang akan mengungkap kesedihan saya, saya nak anda semua rasakan,” katanya.

Terdahulu, Vida berkata dia yakin bahawa Iqbal tidak akan dapat cari pengganti sepertinya seorang wanita yang rupawan dan genit-genit manja.