Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsikan perbualan mesej bersama isterinya, Ardell Aryana yang kini mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza.
Menerusi perkongsian di Threads, Nadzmi meluahkan rasa bimbang apabila isterinya memaklumkan kehadiran drone yang semakin banyak di waktu malam.
BACA: “Saya Baru Tahu Awak Kena Drip Air Rupanya” – Nadzmi

Meskipun dia bimbangkan mengenai keselamatan Ardell namun Nadzmi berkata isterinya yang memintanya untuk bertenang.
Sementara itu, Nadzmi menyifatkan Ardell seorang pahlawan meskipun berdepan situasi berkenaan namun isterinya kekal tenang.