Drama Lakonan Aliff Aziz, Sophia AlBarakbah Jadi Bualan Netizen
Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan pelakon Aliff Aziz dan aktres jelita, Sophia AlBarakbah akhirnya sudah pun ditayangkan semalam.
Baru sahaja satu episod, drama tersebut menjadi bualan ramai di media sosial lebih-lebih lagi ada babak di atas katil memaparkan Alif membawakan watak Luth Mikail dan Raisya Hannah lakonan Sophia.
BACA: Aliff Aziz Tak Akan Berganding Dengan Sophia AlBarakbah Lagi
@arejar313 #part2 #kuakadkaudenganbismillah #fyp??viral #tiktokmalaysia #aliffaziz
Menerusi TikTok, ada pengguna memuat naik beberapa babak drama tersebut memaparkan Maira lakonan Jasmine Suraya menjerit selepas terkejut melihat tindakan Luth dan Hannah tidur bersama di atas katil.
Difahamkan, Hannah adalah usahawan kedai hiasan diberi tanggungjawab untuk membuat dekorasi majlis hari jadi Maira iaitu sepupunya sendiri yang turut dihadiri oleh Luth.
Sementara itu, diruangan komen ada segelintir netizen mengaitkan dengan pendedahan Bella Astillah sebelum ini mengenai pelakon wanita yang tersuka dengan suaminya.
- SUMBER
- Ohmymedia
- TikTok arejar313
Mmg sedap mata memandang Sophia ni.
Dah la lawa pandai berlakon pula tu
@jujur.. kan.. tk jemu tengok muka dia
Hmmm..mcm biasa2 je ku tgk….pakai eyelashes tebal, make up…harapkan putih je….cantik lagi hanna delisha dan lisa surihani….just my thoughts…from a simple gal…selalunya,if perempuan betul lawa, perempuan lain akan akur dgn kecantikan itu. But sorry, maybe saya find dia biasa je….not team Bella or whatsoever….the beauty of a woman lies on how she respect others…
Sofea lagi cantik dari bella – BETOL
Sofea lagi tinggi dari bella – BETOL
Sofea lagi matang dari bella – BETOL
Sofea lagi bijak dari bella – BETOL
Sofea tidak bodoh, dan kuat meroyan seperti Bella – YA BETOL!!!!
X menarik drama ni. Aku ingat mula dgn opening yg kebabom. Tgk plot pun dh boleh agak jln cerita yg sama je. Bosan weh. Sofia ni air muka sedih. Dari dulu aku tgk dia dlm drama tp masih blom smpai tahap menyerlah yg membuat nak tgk drama berulang
Aku x peduli pun gosip tu sbb aku pun xtahu apa yg real apa yg x. Yg aku nk komen citer melayu mmg selalu frame hero playboy dgn awek ka. Cliche sgt doh. Buat kisah cinta tkpe asalkan jln cerita x hmpir sama jekk..x de kelainan
Setuju dgn @Menguap..
bella lagi cantik dari kau betolllllllll
Setuju dgn lala..dia ni putih je..cuba tgk kulit dia..bekas jerawat yg lubang-lubang tu kot..mmg nmpk jelas kalau kamera zoom muka..?????
Tak kena btg hidung sendiri boleh la ckp.. da kena baru tau..